shahril's FotoPage

By: shahril president

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[Archive]
Friday, 2-Jan-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Sambutan Tahun Baru di Pantai Bagan Lalang, Sepang.

ini team Boyesen motosikal
awal pagi sejuknye.......
yang ni plak team Boyesen kete
View all 9 photos...
Seronok gak g Bagan Lalang, tahun ni Kelab kita org sambut tahun baru di Pantai Bagan Lalang, Sepang. Seramai 40 orang ahli termasuk yang membawa keluarga yang mengikuti program ini. Program ini bermula dari pukul 8.00mlm iaitu berkumpul di stesen minyak shell Johan Setia Klang. Sebelum bertolak ahli-ahli diberi taklimat daripada presiden dan penerangan tentang program dan aktiviti di sana. Pergerakan berjalan lancar sampai di sana kira-kira dalam pukul 11.30mlm. Program diteruskan dengan membakar ayam disamping memasang beberapa khemah. Keesokan pagi program diteruskan dengan aktiviti mandi manda dan bermain bola sepak pantai. Dlm pukul 12 tengah hari ahli-ahli bersiap untuk balik, destinasi seterusnya ke Pantai Morib Banting. Di sana kumpulan berpecah iaitu motosikal terus pulang manakala kereta masih meneruskan aktiviti dengan bersantai di tepi Pantai Morib sambil menikmati makanan tengah hari di restoran, sambil berhibur iaitu sesi berkaraoke. Tepat pukul 4.30 kami pun beransur pulang menuju ke Klang. Apa yang kami dapat dari program-program sebegini ia dapat merapatkan lagi silatulrahim antara ahli-ahli kelab selain bergembira. Jomlah joint kelab kami sbb Tahun Baru Cina ni kami akan turun Penang plak. ok kita akak jumpa di blog akan datang, Assalammualaikum ..........


Tuesday, 30-Dec-2008 01:06 Email | Share | | Bookmark
SEJARAH BOYESEN

Aktiviti mingguan beriadah di Tanjung Harapan
Amacam ok tak motor2 dia org ni......
ok gak yek
Kami merupakan salah satu kelab motosikal dan kereta dr Lembah Klang. Kelab kami bernama [b]BOYESEN. Nama kelab diambil sempena nama sejenis alat elektronik yg dgunakan dilitar perlumbaan. BOYESEN ditubuhkan sekitar tahun 2005, tetapi ia dgn rasminya dilancarkan pada 01 april 2007. Pengasas penubuhan BOYESEN ialah En. Shahril Aswan Bin Azmi @ Kusa. Mempunyai beberapa cawangan di sekitar Lembah Klang, cth Port Klang, Rawang, Shah alam dan Klang. BOYESEN terbahagi kpd 3 kumpulan, 2 kumpulan motor dan 1 kumpulan kereta. Kumpulan motor memakai 2 logo iaitu BOYESEN dan OAKLEY'S, mempunyai ahli sekitar 40 org. OAKLEY'S adalah pelapis utk generasi baru bg BOYESEN. Ditubuhkan pd 1 mac 2008, ia bergerak kurang aktif dbandingkan dgn BOYESEN tetapi mmpunyai etika dan prinsip yg sama. Kumpulan kereta pula memakai logo BOYESEN RECREATION CLUB, dtubuhkan pd 2/11/2008. Ia dsertai dr golongan yg belum berkahwin hingga yg sudah berkeluarga, mempunyai ahli seramai 11 org. BOYESEN byk mdapat sokongan dan tunjuk ajar dr pihak RD Club Msia.

Tujuan penubuhan

• untuk mengisi masa lapang dgn perkara2 yang berfaedah seperti beriadah, berkonvoi, serta menjayakan program yg danjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan.
• Mengelak bg golongan belia terjerumus dr gejala2 yg tidak bermoral seperti lumba haram, penyalah gunaan dadah, merempit dll.
• Merapatkan lg silatulrahim kerana ia merangkumi aktiviti2 bersama keluarga seperti kenduri kendara, hari keluarga dll

Sokongan

• Kelab RD M’sia
• Kelab2 motor gabungan ( THRUSTER, PEACETURN, LEOPARD SPEED )

Kata2 Aluan

• Sesiapa yang berminat dgn kelab kami sila hubungi presiden kelab iaitu En. Shahril @ Kusa h/p 017-3285 465 . penyertaan anda amatlah dialu-alukan.

Sekian terima kasih,






[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net